PAU 2025 | Suasana kemuncak Persidangan Umno hari ini diserikan dengan tepukan gemuruh perwakilan apabila Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, secara terbuka meluahkan rasa kasih dan sokongannya terhadap Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh.
Dalam ucapan penggulungannya, Zahid menggambarkan Akmal sebagai seorang pemimpin muda yang lantang dan kadangkala “nakal" namun kelantangan itu disifatkan sebagai sebahagian daripada perjuangan isu-isu akar umbi.
Malah, timbalan perdana menteri itu berseloroh bahawa rasa sayangnya terhadap Akmal adalah lebih besar berbanding kasih Akmal terhadap dirinya, satu kenyataan yang mencetuskan sorakan dan tepukan daripada perwakilan.
“Akmal, ini ayahanda nak pesan, ayahanda tahu Akmal anak yang baik, tapi kadang-kadang nakal. Bila Akmal bergaduh ada tak ayahanda kawal, larang? Tak ada kan?

“Ada ayahanda hukum? Tak ada kan, ayahanda ayah yang baik. Adakah ayahanda tak sayang anak yang sesekali nakal? Tetap sayang.
“Akmal, bila Akmal datang ada saya minta Akmal berhenti? Tak ada kan. Nak buat konvensyen pemuda ayahanda izinkan, kalau anak nakal sayang presiden satu kali, presiden akan sayang dua kali,” katanya.
[Berita penuh menyusul]
