Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
GLOBAL | Putin dipelawa sertai Lembaga Keamanan Gaza
Diterbitkan:  Jan 19, 2026 8:42 PM
Dikemaskini: 12:42 PM

GLOBAL | Presiden Rusia Vladimir Putin menerima undangan untuk menyertai Lembaga Keamanan bagi Gaza, kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Ya, Presiden Putin turut menerima undangan melalui saluran diplomatik untuk menyertai Lembaga Keamanan,” kata Peskov kepada pemberita.

Beliau berkata Rusia sedang meneliti butiran cadangan penubuhan Lembaga Keamanan bagi Gaza itu dan berharap dapat mengadakan hubungan dengan Amerika Syarikat bagi memperjelas semua perkara berkaitan.

- Bernama, Sputnik/RIA Novosti


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS