Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MIC berhak buat apa saja keputusan, kata Zahid
Diterbitkan:  Jan 25, 2026 4:36 PM
Dikemaskini: 8:36 AM

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berharap kerjasama parti teras dalam gabungan itu termasuk MIC, terus diperkukuh.

Timbalan Perdana Menteri berkata penyertaan semula Parti Progresif Penduduk (PPP) menjadikan gabungan parti di dalam BN bertambah stabil.

“Kami dalam BN berpendirian bahawa setiap parti gabungan khususnya parti teras, kita menghormati antara satu sama lain.

“MIC merupakan parti teras sejak zaman Parti Perikatan dahulu bersama-sama dengan MCA dan Umno, dan kita harapkan agar parti teras di dalam BN ini dapat terus diperkukuh,” katanya yang juga Presiden Umno.

Dia berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah syarikat QL Innofood Park di Bagan Datuk, Perak hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata apa jua keputusan yang akan dibuat pada mesyuarat tergempar MIC adalah hak dan pendirian parti itu.

Semalam, MIC dilapor akan mengadakan mesyuarat tergempar dalam masa terdekat bagi membincangkan penyertaan rasmi parti itu ke dalam PN.

Presiden MIC SA Vigneswaran berkata walaupun PN sudah memberi lampu hijau kepada MIC untuk menyertai gabungan pembangkang itu, namun ia perlu dilaksanakan mengikut proses rasmi.

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS