Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Azalina Othman Said mengakui Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dianggap "tidak adil".
Namun, dia berkata tidak boleh campur tangan dalam kes yang melibatkan remaja yang ditahan, dengan membangkitkan had bidang kuasa antara kementerian.
Dia juga memberitahu pemberita bahawa perkara itu berada dalam bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membuat perubahan dan pembaharuan.
"Undang-undang itu telah wujud lama, jadi saya fikir terpulang kepada kementerian berkaitan yang bertanggungjawab ke atas Sosma untuk mengemukakan pandangan mereka.
"Ia bukan undang-undang baru yang digubal, dan ia dianggap undang-undang yang tidak adil.
"Tetapi secara keseluruhannya, jika kerajaan ingin menyemak semula Sosma melalui kementerian yang berkaitan, saya fikir mereka boleh membuat pertimbangan tertentu," katanya.
Demikian katanya, ketika ditanya mengenai penahanan seorang remaja berusia 16 tahun di Jitra, Kedah minggu lalu bawah Sosma, yang membawa kepada desakan baru agar akta tersebut dimansuhkan atau diubah suai dengan ketara.
[Berita penuh menyusul]
