Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jangan takut, UIAM yang buat kajian bukan orang DAP - Hannah Yeoh
Diterbitkan:  Feb 3, 2026 1:06 PM
Dikemaskini: 6:30 AM

Kajian kebolehlaksanaan bagi mengadakan pilihan raya datuk bandar di Kuala Lumpur sedang dijalankan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dan bukannya oleh DAP, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh.

Menurutnya, penemuan daripada kajian tersebut akan dibawa ke kabinet selepas ia selesai kelak.

“Jangan takut, kajian ini dilakukan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Ia adalah universiti yang bereputasi tinggi.

“Jadi kajian ini bukan dilakukan oleh orang DAP,” katanya pada sidang media di Putrajaya selepas majlis menandatangani nota kerjasama antara Jabatan Wilayah Persekutuan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Yeoh turut memaklumkan bahawa kajian tersebut telah dimulakan sejak Disember lalu di bawah bekas menteri yang menjaga hal ehwal Wilayah Persekutuan sebelum ini, iaitu Dr Zaliha Mustafa.

"Saya sudah jelaskan bahawa di peringkat ini, ia (masih) di peringkat kajian. Kenapa kita buat kajian? Kerana ada rang undang-undang persendirian yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen dalam sidang Parlimen yang lalu.

"Jadi kajian ini bukan dilaksanakan sekarang, kajian ini berlangsung sejak Disember (tahun lalu), semasa mantan Menteri Wilayah,” katanya.

Yeoh berkata setelah kajian itu disiapkan, Jemaah Menteri akan meneliti hasilnya sebelum membuat sebarang keputusan sama ada ia sesuai dilaksanakan atau tidak.

"Kita akan sediakan kertas untuk maklumkan kepada Kabinet sama ada Jabatan Wilayah Persekutuan hendak pinda akta atau tidak," katanya lagi.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS