Nalla cabar Anwar nyatakan sumbangannya pada kaum India...
Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MIUP) Datuk KS Nallakarupan hari ini mencabar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mendedahkan apa yang telah dilakukannya untuk kebaikan masyarakat India sewaktu beliau berada dalam kerajaan dahulu.
Beliau berkata, Anwar perlu menyatakan apakah sumbangannya kepada masyarakat India terutama ketika beliau memegang jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.
Nalla berkata, dalam ceramahnya di Kedah dan Pulau Pinang, Ketua Umum PKR itu memberitahu masyarakat India bahawa mereka telah ditipu oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Beliau meminta mereka berhenti mengundi calon-calon BN dan sebaliknya mengundi parti beliau dalam pilihanraya umum akan datang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Saya dapati ianya menghairankan bagi Anwar mendakwa bahawa kerajaan tidak berbuat apa-apa untuk membantu masyarakat India.
"Lebih menghairankan lagi ialah dakwaan beliau bahawa partinya akan memastikan masyarakat India tidak dipinggirkan jika beliau memegang kuasa," tambahnya.
Menurutnya, beliau secara peribadi mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang bagaimana Anwar melayakan masyarakat India.
Nalla berkata, berdasarkan kepada hubungan akrabnya dengan Anwar selama lebih 30 tahun, "saya tahu benar bahawa beliau hanya berbohong kepada masyarakat India sekarang, semata-mata untuk mendapatkan undi mereka sahaja".
"Saya berharap beliau akan berhenti dengan segera permainan politiknya untuk menipu masyarakat India.
"Dan kepada masyarakat India, saya berharap mereka akan menyedari bahawa Anwar - yang tidak berbuat apa-apa untuk mereka ketika beliau (Anwar) sepatutnya berbuat demikian - tidak akan berbuat apa-apa untuk mereka sekarang," tambahnya.