Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
EAIC akan umum agensi penguatkuasaan gagal ambil tindakan syor siasatan
Diterbitkan:  Feb 10, 2026 5:00 PM
Dikemaskini: 9:00 AM

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) akan mengumumkan secara terbuka agensi penguatkuasaan bawah seliannya yang masih gagal mengambil tindakan terhadap syor-syor dapatan siasatan dikemukakannya. 

Langkah ini diambil bagi memperkukuh tadbir urus serta memastikan akauntabiliti dalam kalangan agensi terlibat.

Pengerusi EAIC Ismail Bakar berkata, tindakan tersebut bertujuan menegakkan keadilan dan memastikan keberkesanan institusi tidak dikompromi, selaras dengan mandat suruhanjaya itu kepada rakyat.

Ismail Bakar

EAIC turut menegaskan pengurusan tatakelakuan pegawai awam perlu dilaksanakan secara berdisiplin dan mengikut tatacara yang ditetapkan.

Ismail menambah bahawa setiap laporan yang dirujuk kepada pihak berkuasa tatatertib hendaklah diproses mengikut prosedur yang betul. 

Dia turut mengingatkan bahawa ketua jabatan mempunyai kewajipan untuk menjalankan kawalan serta pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahan bawah Peraturan 3C PU (A) 395/1993.

Keputusan itu dibuat susulan peringatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini yang memberikan tempoh satu minggu kepada ketua-ketua agensi untuk memastikan tanggungjawab dilaksanakan.

EAIC berharap semua agensi yang terlibat dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dengan mengambil tindakan sewajarnya dan mengemukakan maklum balas dalam tempoh ditetapkan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS