Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
UM siasat dakwaan libatkan pensyarah sebagai pengikut Freemason
Diterbitkan:  Feb 12, 2026 11:29 AM
Dikemaskini: 3:29 AM

Universiti Malaya (UM) memulakan siasatan dalaman susulan dakwaan yang tular menerusi media sosial melibatkan seorang pensyarah kanannya yang dikaitkan sebagai pengikut kumpulan Freemason.

Universiti itu dalam satu kenyataan memaklumkan siasatan dijalankan bagi mendapatkan gambaran menyeluruh berhubung perkara berkenaan, selain memastikan penelitian dibuat secara adil, telus dan selaras dengan peruntukan undang-undang serta peraturan universiti yang berkuat kuasa.

Menurut kenyataan itu, orang ramai dinasihatkan supaya memberi ruang sepenuhnya kepada pihak universiti untuk melaksanakan proses siasatan tanpa sebarang gangguan.

“Orang ramai juga diminta mengelakkan sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat yang belum disahkan demi menjaga integriti siasatan serta privasi semua pihak yang terlibat,” menurut kenyataan berkenaan.

UM turut menegaskan komitmennya untuk memastikan setiap isu ditangani secara profesional, beretika dan bertanggungjawab selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS