Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Ribut petir diramal landa beberapa negeri hingga 12 tengah hari

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda beberapa negeri hingga 12 tengah hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Dalam amaran cuaca yang dikeluarkan pada 9 pagi tadi, MetMalaysia memaklumkan antara negeri terlibat ialah Perak iaitu di kawasan Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Di pantai timur pula kawasan terjejas meliputi Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu; Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang; serta Gua Musang di Kelantan.

Cuaca sama turut dijangka berlaku di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat di Selangor; Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan, dan seluruh negeri Melaka.

Di Johor, kawasan diramal terjejas ialah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Mersing dan Pontian.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS