mk-logo
Berita
Adik Raja Charles, bekas putera Andrew ditangkap, kes berkait Epstein
Diterbitkan:  Feb 19, 2026 9:38 PM
Dikemaskini: 1:38 PM

GLOBAL | Andrew Mountbatten‑Windsor, adik kepada Raja Charles III dan bekas putera ditahan di United Kingdom (UK) kerana disyaki melakukan salah laku dalam jawatan awam dan kini berada dalam tahanan polis, lapor PA Media/dpa.

Thames Valley Police mengesahkan penahanan itu pada Khamis susulan dakwaan yang dibuat terhadap bekas putera itu selepas jutaan halaman dokumen berkaitan pembiaya pedofilia Jeffrey Epstein didedahkan.

Penahanan itu berlaku ketika gambar tersebar dalam talian yang kelihatan menunjukkan kenderaan polis tanpa tanda rasmi berada di Wood Farm di Sandringham Estate, Norfolk, dengan pegawai berpakaian biasa dilihat berkumpul di luar kediaman Andrew.

Thames Valley Police sebelum ini memaklumkan yang pihaknya sedang meneliti dakwaan yang seorang wanita diperdagangkan ke UK oleh Jeffrey Epstein untuk mengadakan pertemuan seksual dengan Andrew, serta dakwaan yang beliau berkongsi maklumat sensitif dengan pedofilia itu ketika berkhidmat sebagai utusan perdagangan UK.

- Bernama-PA Media/dpa


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS