Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Gempa bumi kuat gegar perairan Sabah
Diterbitkan:  Feb 23, 2026 3:33 AM
Dikemaskini: 10:23 PM

Gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pada 12.57 tengah malam tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam kenyataannya memaklumkan gempa berkoordinat 7.0° utara dan 116.4° timur itu berlaku pada kedalaman 678 kilometer, kira-kira 49 kilometer barat Kudat.

Gegaran dilaporkan dirasai di beberapa kawasan di Sabah selain Brunei, sebahagian Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun, MetMalaysia menegaskan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian tersebut.

Agensi itu turut memaklumkan pemantauan berterusan sedang dijalankan bagi menilai perkembangan situasi.

Tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan susulan kejadian gempa itu, maklum Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah.

"Setakat ini, tiada sebarang panggilan kecemasan berkaitan gempa bumi diterima.

"Semua balai sedang melaksanakan rondaan dan pemantauan di kawasan jagaan masing-masing bagi memastikan keselamatan orang awam serta keadaan persekitaran berada dalam keadaan selamat dan terkawal," katanya seperti dipetik Bernama.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS