Paling Popular
Terkini

PARLIMEN | Kerajaan hari ini mengemukakan usul mengehadkan tempoh jawatan seseorang perdana menteri kepada 10 tahun dan bakal dilaksanakan secara retrospektif.

Rang undang-undang (RUU) mengenai pindaan perlembagaan yang dicadangkan itu menyatakan bahawa sebarang tempoh seseorang memegang jawatan perdana menteri sebelum penguatkuasaannya akan diambil kira.

Tempoh masa seseorang memegang peranan perdana menteri berikutan pembubaran parlimen di bawah Fasal (2) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan tidak akan dipertimbangkan secara agregat untuk tempoh 10 tahun yang ditetapkan.

RUU – yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Azalina Othman Said – bermakna perdana menteri terdahulu yang hanya berkhidmat selama satu penggal akan dikecualikan daripada pengehadan tersebut.

[Laporan lanjut menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS