Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Enggan ulas isu ketua pembangkang, Hamzah masih di sisi Muhyiddin
1

PARLIMEN l Tampil di Parlimen hari ini sejak pemecatan dan penyingkirannya daripada Bersatu, Hamzah Zainuddin (PN - Larut) bagaimanapun enggan mengulas mengenai persoalan berhubung kedudukannya sebagai ketua pembangkang.

Ditemui wartawan selepas taklimat mengenai dua Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Perlembagaan, bekas timbalan presiden Bersatu itu hanya berkata, “kemudian”.

Hamzah Zainuddin (PN - Larut)

Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim, yang berjalan bersama Hamzah, bagaimanapun menyahut pertanyaan media dan berkata dia akan jawab soalan itu.

“Saya akan jawab soalan itu. Kami sudah selesaikan di peringkat PN, keputusan lain akan dibuat kemudian.

“Kita tidak boleh membuat keputusan semua perkara pada masa yang sama,” kata Ahli Parlimen PAS itu merujuk kepada mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi PN semalam yang memutuskan pelantikan Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai pengerusi PN yang baru.

Perbalahan tercetus

Pertikaian mengenai status jawatan ketua pembangkang yang kini disandang Hamzah, tercetus di Dewan Rakyat hari ini.

RSN Rayer (PH-Jelutong)

RSN Rayer (PH-Jelutong) membangkitkan perkara itu di bawah Peraturan Mesyuarat 4A(3) dan 4A(4), yang memberi kuasa kepada Speaker Dewan Rakyat untuk menentukan ketua pembangkang sekiranya berlaku sebarang pertikaian.

"Jika timbul sebarang keraguan atau pertikaian tentang siapa yang sedang atau menjadi ketua pembangkang pada bila-bila masa, perkara itu hendaklah diputuskan oleh Speaker, dan keputusan yang diperakui secara bertulis di bawah tandatangannya adalah muktamad dan konklusif," katanya memetik peraturan tersebut.

Rayer menarik perhatian bahawa krisis dalaman Bersatu semakin meruncing selepas Hamzah dan beberapa ahli parlimen lain dilaporkan dipecat daripada parti.

Dia turut merujuk kepada pengisytiharan Hamzah yang menyifatkan dirinya sebagai "musuh nombor satu" kepada Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.

Kekal di sebelah Muhyiddin

Dia kemudian mempersoalkan sama ada pejabat Speaker atau Timbalan Speaker telah menerima sebarang pemberitahuan rasmi berhubung perkara itu.

Ramli Mohd Nor

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ramli Mohd Nor berkata Pejabat Speaker masih di sebelah kerusi belum menerima sebarang arahan atau dokumen rasmi berkaitan perkara tersebut.

Justeru, kedudukan Hamzah di Dewan Rakyat masih kekal iaitu bersebelahan kerusi “musuh nombor satu"nya. Namun Ahli Parlimen Pagoh itu tidak menghadiri sidang hari ini.

Dalam perkembangan itu Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan berpendapat dia bersama 17 lagi bekas wakil rakyat Bersatu berharap Hamzah akan kekal dengan posisinya itu.

Bagaimanapun katanya dia bergantung kepada keputusan PN dan meletakkan keyakinan kepada Ahmad Samsuri.

“Saya rasa yang sepatutnya membuat keputusan siapa yang patut jadi ketua pembangkang di parlimen ialah Ahli-ahli parlimen.

“Kita tengohlah keputusan PN macam mana, macam mana pengerusi PN yang baru ini akan buat keputusan yang terbaik insya-Allah,” katanya kepada media di lobi Parlimen.

Harap PAS kekalkan Hamzah

Wan Saiful yang turut dipecat Bersatu berkata, dia yakin pencalonan ketua pembangkang akan datang daripada PAS.

“Tetapi PAS nak calonkan siapa terpulang kepada PAS. Kalau berdasarkan rekodnya sebelum ini yang mencalonkan Datuk Seri Hamzah pun daripada PAS, bukan Bersatu.

“Saya secara peribadi harap beliau kekal sebagai ketua pembangkang, jadi kita tengoklah bagaimana, dalam masa terdekat kita patut tahu.

Wan Saiful Wan Jan

“Saya rasa keputusan kena buat cepat supaya tidak ada sebarang keraguan, tidak timbul sebarang persoalan, jadi saya harap dalam minggu ini boleh diselesaikan terutamanya dalam sidang ini,” katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
1
ADS