PKR cabar Nalla adakan debat terbuka
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP), Datuk S Nallakarupan mengadakan debat terbuka mengenai kedudukan kaum India di negara ini.
Timbalan Setiausaha Agung PKR, Dr Xavier Jeyakumar berkata: "Kita sedia bertemu dengan Nalla untuk debat tersebut di mana sahaja."
"Saya juga mencabar Nalla bertanding dalam pilihanraya umum akan datang untuk membuktikan siapa yang kuat," katanya dalam sidang media di ibupejabat PKR di ibu negara hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Penerangan PKR, Tian Chua dan Ahli Majlis Pimpinan Tinggi (MPT), S Manikavasagam dan beberapa ahli parti itu.
Dr Xavier (kiri) berkata, PKR mengambil keputusan untuk tidak melayan lagi karenah Nalla pada masa akan datang, terutama dalam isu beliau mengecam bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai masyarakat India.
"Kami tidak mahu lagi membuang masa melayan Nalla sebaliknya mahu menumpukan perhatian kepada pilihanraya umum. Kita juga mahu tahu siapa yang ada di belakang dia (Nalla)," katanya.
'Kawan berdarah'
Dr Xavier berkata, Nalla pernah berkata, Anwarlah yang membawa isu kemiskinan masyarakat India ke dalam Parlimen.
Menurutnyalagi, Nalla juga berkata, Anwar menghapuskan cukai untuk peralatan sembahayang dalam kuil Hindu selain memberi saham Telekom kepada masyarakat India.
Dr Xavier berkata, semasa Nalla mengumumkan kemasukannya ke dalam PKR pada 2006, Nalla memberitahu, beliau dan Anwar merupakan `kawan berdarah'.
Dalam program tersebut, katanya, Nalla (kanan) berkata: "Saya berkawan rapat dengan Anwar selama 30 tahun dan akan membantu Anwar dalam parti."
Sementara itu, Manikavasagam berkata, beliau tahu mengapa Nalla keluar PKR dan menubuhkan MUIP.
Katanya, Nalla keluar PKR kerana perniagaan dan bukannya ada kaitan dengan politik.
'Nalla orang korporat'
"Semasa Nalla dalam PKR kita beri semua apa yang dia mahu. Dia nak jadi ketua bahagian Kepong, saya beri. Nalla hendak bertanding naib presiden PKR kita sokong sehingga mendapat pencalonan kedua terbanyak," katanya.
Seorang bekas penyokong kuat Nalla, Thangam Rajoo mendakwa, beliau yang membawa Nalla memasuki PKR pada 2006.
Katanya, Nalla pernah berkata "Anwar boleh tolong orang miskin."
Beliau berkata, kini ramai bekas penyokong Nalla telah kembali menyokong PKR.
"Nalla orang korporat, bukan orang politik dan kerana itu dia tidak boleh bantu orang India," katanya lagi.