Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rafizi jawab surat tunjuk sebab dari PKR petang ini

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, memberitahu dia akan menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan PKR pada petang nanti, iaitu pada hari terakhir tempoh yang diberikan oleh parti berkenaan kepadanya.

Dalam jawapan ringkas kepada Malaysiakini, Rafizi berkata: "Saya akan menjawab petang ini, beberapa jam sebelum tarikh akhir."

Semalam Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, memberitahu Bernama yang bekas menteri ekonomi itu mempunyai masa sehingga hari ini untuk menjawab surat tunjuk sebab berhubung kenyataannya baru-baru ini.

Ia terkait kenyataan Rafizi yang memberi gambaran dia mahu bertanding dalam PRU akan datang bukan atas tiket PKR.

Fuziah dilaporkan berkata, kenyataan Rafizi itu boleh ditafsirkan sebagai tanda dia berhasrat untuk meninggalkan PKR.

Bagaimanapun katanya PKR tidak mahu bertindak dan terus menghukum Rafizi hanya berdasarkan andaian, justeru mereka mengeluarkan surat tunjuk sebab bagi memberi peluang kepada ahli politik terbabit memberi penjelasan.

“Pada 1 Mac, kami (PKR) akan mengadakan mesyuarat majlis pimpinan pusat.

“Mengenai keputusan mengenai Rafizi, kita tengok nanti,” kata Fuziah.

Khamis lalu Rafizi mendakwa PKR cuba memberi tekanan agar dia meninggalkan parti itu supaya dia boleh disingkirkan sebagai ahli parlimen.

Mengenai tuduhan dia keluar PKR, Rafizi memberitahu dia kekal sebagai ahli selagi tidak mengemukakan surat peletakan jawatan secara rasmi atau menyertai parti lain.

[Baca berita lanjut]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS