2 dron sasar pangkalan AS dekat Baghdad
Diterbitkan: Mar 2, 2026 10:11 AM | Dikemas kini: Mar 2, 2026 10:13 AM
Dua dron menyasarkan pangkalan Amerika Syarikat (AS) Victoria berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik media tempatan.
Menurut saluran televisyen satelit swasta Iraq, Al-Sumaria dan Al-Rasheed, satu dron jatuh di dalam kawasan operasi khas, manakala satu lagi dipintas oleh pertahanan udara AS di pangkalan tersebut.
Sumber keselamatan memberitahu Al-Rasheed bahawa pusat sokongan logistik di dalam pangkalan Victoria adalah antara sasaran.
Tiada butiran lanjut diperoleh setakat ini.
- Bernama
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/03/a8713e61a4f4710e93a8e42dd449f4e8.jpg)

/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/10/dd6ec1b5e9c1a4140ff6b6db7ac98eb6.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2020/12/ca826855ce073cf7502c83378fc3a757.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/04/5bf5a9f36cd38115100d203f526485d5.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/07/d6c86b1de1463f4288554172f0bb3f89.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/03/c0190b1e8b81cc85a6553796d8950e23.jpg)