Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hamzah nak sertai PN? Minta maaflah, kata Muhyiddin
Diterbitkan:  Mar 4, 2026 9:39 AM
Dikemaskini: 1:51 AM

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin tidak akan bekerjasama dengan Hamzah Zainudin dalam tempoh terdekat ini kerana dia sudah tidak mempercayai bekas timbalannya itu.

Malah, katanya, dia sendiri akan menolak jika Hamzah bersama parti baharu yang dianggotai cuba menyertai PN.

"Kalau dia hendak cari haluan, itu hal dialah. Saya tak nak campur tangan. Tapi kalau dia nak masuk PN... saya akan jawab tidak boleh sebab once bitten twice shy.

"Orang yang sudah buat berlaku macam itu, hang nak masuk balik?

“PN ada empat keahlian parti yang akan mempertimbangkan boleh atau tidak. Tetapi ikut pandangan peribadi saya, kalau dalam tempoh setahun dua, tidak nampak dia ok, minta maaflah, kita ini manusiakan. Tidak semudah itu," katanya.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian ketika wawancara dengan Berita Harian yang disiarkan hari ini.

Sebelum ini, susulan selepas dipecat daripada Bersatu, Hamzah menyifatkan dirinya sebagai "musuh nombor satu" kepada Muhyiddin.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, hak menerima keahlian dalam PN bukannya datang daripada satu pihak sahaja, sebaliknya mesti dengan persetujuan parti komponen.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin menegaskan dia tidak akan menongkat langit dengan mentadbir Bersatu selama-lamanya dan bersedia menyerahkan kepada pimpinan muda, tidak berapa lama lagi.

Katanya, pihaknya melihat Bersatu mempunyai barisan pelapis yang mencukupi termasuk naib presiden Mohd Radzi Jidin dan Ahmad Faizal Azumu; setiausaha agung, Mohamed Azmin Ali; Ketua Armada, Muhammad Hilman Idham dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Afif Bahardin.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS