Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pelakon wanita, suami direman bantu siasatan kes tipu pelaburan jual lembu

Pelakon wanita dan suaminya direman bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan pelaburan membabitkan penjualan lembu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sazalee Adam berkata suspek lelaki direman tiga hari bermula hari ini, manakala suspek wanita direman sehari.

“Pasangan terbabit ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan permohonan reman terhadap dua individu terbabit dilaksanakan pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan pelakon berkenaan dan suaminya ditahan pada Rabu lalu bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan urusan penjualan tanah lot kurniaan tidak wujud melibatkan kerugian RM1.5 juta.

Pasangan terbabit sekali lagi ditahan berkaitan penipuan untuk mendapatkan darjah kebesaran sebuah negeri melibatkan kerugian RM23,120 yang dilaporkan pada 18 Dis tahun lepas.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS