Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Agong berkenan bayar zakat RM10 juta
Diterbitkan:  Mar 11, 2026 1:14 PM
Dikemaskini: 5:44 AM

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menunaikan bayaran zakat berjumlah RM10 juta bagi tahun ini.

Perkara berkenaan dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Seri Paduka Baginda hari ini. 

Menerusi hantaran berkenaan, turut dimuat naik beberapa keping gambar ketika Seri Paduka Baginda melafazkan pembayaran zakat harta.

Cek zakat diserahkan oleh Seri Paduka Baginda kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Mohd Radzi Mohd Amin di Istana Pelangi, di Johor Bahru.

Penyerahan disaksikan Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Nasri Md Ali.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS