Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Zamri Vinoth, Tamim Dahri dikesan ada di selatan Thailand
Diterbitkan:  Mar 15, 2026 3:42 PM
Dikemaskini: 7:42 AM

Penceramah Zamri Vinoth dan aktivis Tamim Dahri Abdul Razak dikesan memasuki Thailand melalui pintu masuk di wilayah selatan negara ini pada Khamis lepas.

Menurut sumber keselamatan Thailand, kedua-dua individu terbabit memasuki negara jiran melalui jalan darat di pintu masuk Sungai Golok, Narathiwat yang bersempadan dengan Rantau Panjang, Kelantan dengan menggunakan dokumen perjalanan yang sah.

“Laporan awal mendapati kedua-dua mereka masih berada di wilayah selatan Thailand,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Semalam , Ketua Polis Negara Mohd Khalid Ismail mengesahkan Zamri Vinoth dan Tamim Dahri yang disiasat melibatkan beberapa kes berasingan telah melarikan ke Thailand.

Katanya usaha mengesan dua individu terbabit sedang giat dijalankan dengan bantuan pihak berkuasa Thailand.

Siasatan terhadap Zamri Vinoth adalah berhubung kenyataan yang dibuatnya pada satu perhimpunan di ibu negara pada 7 Feb lepas dan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC).

AGC kemudiannya mengeluarkan arahan pertuduhan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, iaitu berkaitan kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat menyebabkan atau yang mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam.

Siasatan terhadap Zamri Vinoth berhubung kenyataan berbaur penghinaan terhadap kaum India pula dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Pulau Pinang, dengan arahan pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Sementara itu, kertas siasatan melibatkan Tamim Dahri adalah berhubung tindakan merosakkan soolam – yang merupakan simbol suci dalam Hindu – di tapak lama kuil di Langkawi, Kedah.

Ia dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Kedah dengan arahan pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS