Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Operasi di Medan Gas Shah Abu Dhabi dihentikan sementara selepas serangan dron
Diterbitkan:  Mar 17, 2026 11:00 AM
Dikemaskini: 3:00 AM

Operasi di Medan Gas Shah di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dihentikan sementara selepas kebakaran akibat serangan dron berjaya dikawal, kata pihak berkuasa lewat Isnin, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Pihak berkuasa Abu Dhabi dan pasukan tindak balas yang berkaitan telah berjaya mengawal kebakaran yang berlaku di Medan Gas Shah disebabkan oleh serangan dron.

“Operasi di kemudahan itu dihentikan sementara bagi menilai kerosakan dan tiada kecederaan dilaporkan," menurut Pejabat Media Abu Dhabi menerusi syarikat media sosial Amerika Syarikat (AS) X.

Ia menyeru orang ramai untuk mendapatkan maklumat "hanya daripada sumber rasmi dan mengelak daripada menyebarkan khabar angin atau maklumat yang tidak disahkan."

Serangan itu berlaku ketika ketegangan kian meruncing di rantau itu sejak Israel dan AS melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb yang setakat ini membunuh lebih 1,300 orang, termasuk Pemimpin Tertinggi Iran ketika itu Ayatollah Ali Khamenei.

Iran bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS.

- Bernama - Anadolu


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS