Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Diskaun tol 50 peratus esok dan lusa
Diterbitkan:  Mar 17, 2026 3:16 PM
Dikemaskini: 7:17 AM

Kerajaan memutuskan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena hari raya puasa minggu ini.

Diskaun itu akan berkuat kuasa mulai jam 12.01 tengah malam pada 18 Mac (Rabu) hingga jam 11.59 malam 19 Mac (Khamis), melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 di semua lebuh raya.

Bagaimanapun, bayaran tol di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura (Linkedua) dikecualikan.

“Inisiatif ini melibatkan tanggungan kewangan berjumlah RM21.03 juta bagi tujuan pampasan kepada syarikat konsesi tol,” kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS