Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Trafik ke Lembah Klang dijangka bertambah mulai tengah hari
Diterbitkan:  Mar 23, 2026 9:54 AM
Dikemaskini: 1:54 AM

Trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang bergerak lancar dan terkawal pagi ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata pihaknya menjangkakan pertambahan trafik bermula tengah hari ini susulan orang ramai mula pulang selepas meraikan Aidilfitri di kampung halaman masing-masing.

"Hanya berlaku sedikit kesesakan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dari Bidor ke Tapah," katanya ketika dihubungi, di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata pihak PLUS juga telah mengaktifkan “Smart Lane” di 30 lokasi mulai 7 pagi tadi sehingga 11 malam ini bagi membantu kelancaran aliran trafik.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan pihak konsesi, selain memastikan mendapat rehat mencukupi sebelum memulakan pemanduan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol LLM 1-800-88-7752 atau paparan kamera litar tertutup (CCTV) trafik di laman web rasmi agensi berkenaan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS