Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Letupan gegarkan ibu kota Iran dalam serangan AS-Israel

Siri letupan menggegarkan ibu kota Iran awal Sabtu susulan serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Letupan dilaporkan berlaku di kawasan timur laut bandar itu.

Kilatan cahaya kelihatan menerangi langit manakala asap menjulang daripada kawasan terjejas.

Sistem pertahanan udara Iran telah diaktifkan selepas serangan.

Media Iran turut melaporkan gangguan bekalan elektrik di beberapa bahagian di bandar tersebut.

Ketegangan di rantau itu kian memuncak sejak AS dan Israel melancarkan serangan bersama terhadap Iran pada 28 Feb.

Tehran bertindak balas dengan gelombang serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel selain Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.

Konflik mengakibatkan korban dan kerosakan infrastruktur serta menjejaskan pasaran global dan penerbangan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS