mk-logo
Berita
Kapal penyerang amfibia AS tiba di Asia Barat, kata Centcom
Diterbitkan:  Mar 29, 2026 1:38 PM
Dikemaskini: 7:04 AM

Sebuah kapal penyerang amfibia Amerika Syarikat (AS) yang membawa ribuan pasukan ekspedisi telah tiba di Asia Barat, menurut Komando Pusat (Centcom) AS pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Anak kapal dan tentera laut AS di atas kapal USS Tripoli (LHA 7) tiba di kawasan tanggungjawab Komando Pusat AS, 27 Mac,” menurut Centcom dalam kenyataan.

USS Tripoli berfungsi sebagai kapal utama untuk pasukan ekspedisi kira-kira 3,500 anak kapal dan tentera laut AS, berserta pesawat pejuang pengangkutan dan serangan serta aset amfibia dan taktikal, menurut Centcom.

Penempatan itu dibuat ketika AS dan Israel meneruskan serangan bersama ke atas Iran yang bermula pada 28 Feb, mengorbankan lebih 1,340 orang, termasuk Pemimpin Tertinggi Iran ketika itu Ali Khamenei.

Iran bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel selain Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menempatkan tentera AS, menyebabkan korban dan kerosakan pada infrastruktur serta menjejaskan pasaran global dan penerbangan.

— Bernama-Anadolu

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS