Perdana Menteri rejim Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa perang terhadap Iran telah mencapai lebih daripada separuh matlamatnya, namun dia tidak akan menetapkan garis masa bila konflik itu akan berakhir.
“Ia pastinya sudah melepasi tahap separuh jalan. Tetapi saya tidak mahu menetapkan jadual masa mengenainya,” kata Netanyahu kepada penyiar konservatif Amerika Syarikat (AS), Newsmax.
Presiden AS, Donald Trump, yang melancarkan perang bersama Netanyahu pada 28 Februari, sebelum ini menyatakan operasi itu akan berlangsung selama empat hingga enam minggu.
Setiausaha Negara AS, Marco Rubio pula berkata, perang itu akan berlanjutan "beberapa minggu lagi" dan bukannya berbulan-bulan, ketika tentangan awam di AS semakin meluas terhadap konflik yang telah menyebabkan harga minyak melonjak.

Mengulas lanjut, AFP melaporkan Netanyahu menyebut bahawa maksudnya perang itu sudah lebih separuh jalan adalah “dari segi misi, bukan semestinya dari segi masa.”
Katanya, dakwaaannya perang tersebut mencapai matlamat, adalah termasuk kejayaan membunuh “ribuan” anggota Kor Revolusi Pegawai Iran.
“Israel dan AS juga “hampirs eslesai memusnahkannya [industri senjata Iran],” tambahnya.
"Hanya keseluruhan asas industri — memusnahkan semua, kamu tahu, kilang-kilang, keseluruhan kilang, dan program nuklear itu sendiri," katanya.
Netanyahu dan Trump berulang kali mendakwa, Iran hampir membina senjata nuklear, dakwaan yang tidak disokong oleh badan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), meskipun Trump mendakwa dia telah "memusnahkan" lokasi-lokasi utama dalam serangan tahun lalu.

Netanyahu juga menyuarakan keyakinan bahawa republik Islam Iran akan tumbang, walaupun dia sekali lagi menegaskan bahawa itu bukan matlamat perang.
“Saya rasa rejim ini akan runtuh dari dalam. Tetapi buat masa ini, apa yang kami lakukan hanyalah melemahkan kapasiti ketenteraan mereka, melemahkan kapasiti peluru berpandu mereka, melemahkan kapasiti nuklear mereka dan juga melemahkan mereka dari dalam,” kata Netanyahu.
Perang itu tercetus beberapa minggu selepas pihak berkuasa Iran bertindak keras terhadap demonstrasi besar-besaran anti-kerajaan, yang mengorbankan ribuan nyawa.

Trump sejak beberapa hari kebelakangan ini berkata perang itu secara efektif telah mencapai "pertukaran rejim" dengan memperkasakan tokoh-tokoh lain dalam negara yang ditadbir ulama itu, yang menurut Trump mungkin lebih bersedia untuk bekerjasama.
