Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Iran beku aset lebih 100 orang menyokong musuh

Pendakwa raya Tehran berkata pada Ahad, pihak berkuasa Iran mengarahkan penyitaan aset dan pembekuan akaun bank milik lebih 100 orang yang dituduh menyokong apa yang disifatkannya sebagai "musuh", lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menurut kenyataan oleh media separuh rasmi Agensi Berita Fars, langkah itu menyasarkan warga Iran terkenal yang tinggal di luar negara termasuk pelakon, atlet, pengurus dan wartawan yang dikaitkan dengan media pembangkang.

Arahan dikeluarkan terhadap 63 pengurus dan pekerja Iran International Television, menurut kenyataan itu.

Pihak berkuasa juga mengarahkan langkah serupa terhadap 25 kakitangan media pembangkang manakala 25 lagi warga Iran yang tinggal di luar negara menjadi sasaran kerana siaran media sosial yang dilihat menyokong serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran.

-Bernama - Anadolu


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS