Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bahan api di Australia bertahan untuk dua bulan - menteri tenaga
Diterbitkan:  Apr 6, 2026 3:12 PM
Dikemaskini: 7:12 AM

Australia memperoleh bekalan bahan api yang boleh menampung kegunaan untuk dua bulan, di sebalik ketegangan yang memuncak di Asia Barat dan ketidaktentuan berterusan dalam pasaran minyak global, kata Menteri Perubahan Iklim dan Tenaga Chris Bowen pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Sekarang keadaannya kita baik-baik saja sepanjang April dan sekarang hingga Mei.

“Jadi semua pesanan dimuktamadkan dan kontrak telah ditandatangani.

‘Sebaik sahaja kontrak dimeterai, bahan api itu milik syarikat Australia yang membelinya," kata Bowen kepada penyiar ABC.

Pihak berkuasa Australia sebelum ini memaklumkan rizab bahan api akan bertahan hingga hujung April dan usaha sedang dijalankan untuk mendapatkan bekalan bagi bulan berikutnya.

Bilangan stesen minyak di seluruh negara itu tanpa diesel telah menurun dan kini berjumlah 274.

- Bernama-Sputnik/RIA Novosti


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS