Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Malaysia dalam krisis’ - PM beri amaran harga melambung

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menggesa orang ramai bersedia menghadapi kenaikan harga yang dijangka berlaku dalam masa terdekat susulan krisis minyak global yang tercetus akibat perang Iran.

Dalam ucapannya pagi ini, beliau turut mengingatkan penjawat awam supaya bersedia membantu kerajaan menangani isu yang timbul.

“Memahami bahawa kita memang hadapi masalah walaupun kadang-kadang orang fikir belum lagi kerana kita belum beratur lagi kat stesen minyak.

"Belum ada masalah. Tak betul. Memang ada (masalah) kerana harga sudah melambung.

Harga baja

"Saya ke Felda hari Ahad, Felda di Pengerang, Kota Tinggi.

"Bulan ini harga tidak meningkat ketara tetapi harga baja, fertilizers akan meningkat tinggi kerana peratus import baja terlalu tinggi.

"Jadi, itu yang saya gambarkan. Jadi jangan kita tunggu bila ada masalah baru kita terkejut.

"Tugas kita menjelaskan bahawa.. Kita harus bijak menangani masalah ini ,” katanya.

Anwar berucap kepada sekumpulan penjawat awam dalam perhimpunan bulanan Kementerian Pengangkutan di Putrajaya.

Perdana menteri berkata terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kenaikan harga produk berasaskan petroleum.

Walaupun Malaysia berjaya memastikan laluan selamat bagi kapal tangki minyak melalui Selat Hormuz, beliau berkata kos lain tetap meningkat akibat konflik tersebut.

Antaranya termasuk kenaikan premium insurans bagi pengangkutan maritim serta peningkatan caj penghantaran.

“Ini bermakna kos untuk memproses minyak yang sampai ke Pengerang (penapisan minyak di Johor) juga meningkat,” jelas Anwar.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS