Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Darurat, tangguh p'raya: Akmal bodohkan pemimpin DAP
Diterbitkan:  Apr 15, 2026 3:20 PM
Dikemaskini: 8:08 AM
2

Ketua Pemuda Umno Akmal Saleh membidas cadangan seorang ahli parlimen DAP yang menyarankan agar kerajaan mengisytiharkan darurat bagi menangguhkan pilihan raya negeri (PRN) atas alasan krisis ekonomi.

Akmal menegaskan bahawa krisis ekonomi bukanlah alasan munasabah untuk mengambil tindakan sedemikian, sambil membandingkan situasi tersebut dengan era pentadbiran BN sebelum ini.

"Dulu zaman BN menjadi kerajaan kita menghadapi krisis ekonomi juga. Tiada pula nak isytihar darurat. 

“Hari ini krisis ekonomi berlaku pada negara lain juga, tapi tiada juga nak isytihar darurat," katanya.

Akmal berkata demikian ketika mengulas laporan Berita KS yang memetik Anggota Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, mencadangkan  kerajaan Melaka mengemukakan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat.

Khoo Poay Tiong

Cadangan itu dibuat bagi menangguhkan pilihan raya negeri ketika rakyat berdepan tekanan kos sara hidup yang meningkat susulan krisis bahan api.

Pembangkang Johor dan Melaka dilapor juga menolak cadangan penangguhan itu atas alasan  sistem negara masih berfungsi seperti biasa.

Sementara itu, menulis di media sosial, Akmal menyifatkan cadangan itu sebagai bukti kegagalan pihak yang mencadangkannya dalam mentadbir negara.

"Bila MP DAP cadang nak isytihar darurat, maknanya kamu yang sebenarnya tiada kebolehan dan kemampuan untuk mentadbir negara ini dengan baik! 

“Maka yang perlu rakyat isytihar adalah humban kamu dari menjadi kerajaan. Bodoh!" tegas Akmal.

Perang Amerika Syarikat-Israel dan Iran sudah berlarutan lebih sebulan setengah yang menyebabkan krisis tenaga dunia apabila laluan penting perdagangan Selat Hormuz terjejas.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
2
ADS