Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
LTSIP kini lapangan terbang domestik termoden, tercantik
Diterbitkan:  Apr 18, 2026 1:18 PM
Dikemaskini: 5:18 AM

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Kotra Bahru kini diiktiraf sebagai lapangan terbang domestik paling moden dan cantik di negara ketika ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata status itu diberi berikutan projek naik taraf fasa pertama LTSIP ialah projek terbaru disiapkan kerajaan berbanding lapangan terbang lain yang masih dalam proses penaiktarafan.

“Jadi setakat ini, LTSIP ialah lapangan terbang domestik paling moden dan cantik di seluruh negara.

“Sudah tentu kita harapkan lapangan terbang ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk menarik lebih ramai pelancong ke Kelantan dan kerjasama ini dapat memanfaatkan rakyat serta negara secara berterusan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian terminal baru LTSIP itu di hari ini.

Loke juga merakamkan penghargaan kepada warga kerja Kementerian Pengangkutan, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), kerajaan Kelantan, kontraktor dan semua pihak terlibat menjayakan projek itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS