Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
1,000 rumah hangus: Enam PPS dibuka buat mangsa di Sandakan
Diterbitkan:  Apr 20, 2026 11:06 AM
Dikemaskini: 3:43 AM

Sebanyak enam pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka dan menempatkan 248 orang daripada 219 keluarga yang terjejas dalam tragedi kebakaran di Sandakan setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, mangsa ditempatkan di beberapa PPS termasuk Dewan Projek Perumahan Rakyat Batu Sapi, Dewan Sekolah Kebangsaan Gas, Dewan Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sapi, Dewan Sibuga serta Sekolah Kebangsaan Karamunting.

Menurut kenyataan itu, jumlah keseluruhan mangsa masih dalam proses kemas kini berikutan pendaftaran di beberapa PPS masih berjalan.

Semalam, kebakaran besar di perkampungan atas air Kampung Bahagia di Sandakan mengakibatkan kira-kira 1,000 rumah musnah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Jimmy Lagung berkata kebakaran itu melibatkan kawasan seluas lebih empat hektar.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS