Lingam nafi menginap sama hotel dengan Eusoff
Peguam Datuk VK Lingam memberitahu suruhanjaya siasatan diraja bahawa percutian beliau dengan bekas Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin di New Zealand pada 1994 adalah secara kebetulan.
Lingam, 57, menafikan bahawa beliau menginap di hotel yang sama dengan Eusoff di Auckland dan Christchurch.

Katanya, beliau tidak mengikut Eusoff di mana sahaja di New Zealand kecuali secara kebetulan berjumpa di zoo dan taman burung di Auckland dan di beberapa tempat lain, demikian menurut laporan Bernama.
"Saya tidak ingat bila kami memutuskan untuk melawat ke New Zealand tetapi kami (Lingam dan isterinya) berpendapat ia masa yang terbaik kerana pada masa itu cuti Krismas dan Tahun Baru.
"Oleh kerana saya terlalu sibuk, begitu juga isteri saya, yang mengendalikan klinik pergigiannya, saudara mara kami yang baru balik dari New Zealand memberitahu kami yang kami patut mengunjunginya," kata Lingam.
Siasatan itu antara lain untuk menentukan ketulenan klip video itu yang didakwa memaparkan Lingam mengaturkan pelantikan hakim menerusi telefon.