Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kapal tangki Iran bawa minyak AS$220j lepasi sekatan AS
Diterbitkan:  May 3, 2026 2:54 PM
Dikemaskini: 6:54 AM

GLOBAL | Sebuah kapal tangki Iran yang membawa minyak bernilai hampir AS$220 juta berjaya mengelak sekatan AS, lapor Anadolu Ajansi yang memetik data TankerTrackers pada Ahad.

"Sebuah kapal tangki besar VLCC Syarikat Kapal Tangki Iran Kebangsaan (NITC) yang membawa lebih 1.9 juta tong (bernilai hampir AS$220 juta) minyak mentah telah berjaya mengelak Tentera Laut AS dan sampai ke Timur Jauh (Asia Timur)," menurut TankerTrackers di platform media sosial X.

Kapal itu, yang dikenal pasti sebagai HUGE (9357183), kali terakhir dilihat di luar Sri Lanka lebih seminggu lalu dan kini bergerak melalui Selat Lombok di Indonesia menuju ke Kepulauan Riau.

Kapal tangki itu tidak mengeluarkan isyarat sistem pengenalan automatik (AIS) sejak 20 Mac, apabila ia berlepas dari Selat Melaka menuju ke Iran, menurut maklumat pengesanan maritim.

- Bernama/Anadolu


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS