Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis tahan 4 suspek terlibat simbah cat merah di Seremban
Diterbitkan:  May 8, 2026 9:16 PM
Dikemaskini: 1:16 PM

Polis menahan seorang lelaki dan tiga wanita disyaki terlibat menyimbah cat merah di sebuah rumah di Jalan Sungai Ujong, Seremban pada 3 Mei lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan Alzafny Ahmad berkata seorang lelaki berusia 29 tahun membuat laporan pada hari sama dengan mendakwa pagar, pintu hadapan dan dua kenderaan miliknya terkena cat merah disimbah individu tidak dikenali.

Katanya suspek berusia 23 hingga 34 tahun itu ditahan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban dalam serbuan di Taman Permatang Pasir, Melaka semalam dan hari ini.

“Dalam serbuan itu, polis merampas Proton Saga dan Perodua Myvi, empat telefon bimbit dan masing-masing satu tong serta tin cat merah jenama Sea Master selain beberapa pakaian dipercayai mempunyai kesan cat.

“Siasatan mendapati dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah manakala seorang di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alzafny berkata suspek dipercayai terlibat dalam beberapa siri kejadian simbah cat di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Menurutnya semua suspek direman sehingga 10 Mei bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS