Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Trump jangka terima jawapan Iran mengenai pelan damai AS tidak lama lagi
Diterbitkan:  May 10, 2026 2:24 PM
Dikemaskini: 6:24 AM

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Sabtu berkata beliau menjangka menerima maklum balas daripada Iran tidak lama lagi mengenai pelan damai terbaharu Washington, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam perbualan telefon dengan stesen televisyen Perancis, LCI, Trump berkata rakyat Iran “masih sangat berminat untuk mencapai kesepakatan.”

Ketegangan serantau meningkat secara mendadak sejak AS dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada 28 Feb lepas, yang mencetuskan serangan balas Iran terhadap Israel dan sekutu AS di Teluk, selain penutupan Selat Hormuz.

Gencatan senjata mula berkuat kuasa pada 8 April menerusi pengantaraan Pakistan, namun rundingan di Islamabad gagal menghasilkan perjanjian berkekalan. Trump kemudian mengumumkan lanjutan gencatan itu tanpa menetapkan sebarang tarikh akhir.

- Bernama - Anadolu


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS