Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
IPGM sedia bertindak tegas pada pembuli
Diterbitkan:  May 11, 2026 9:30 PM
Dikemaskini: 1:30 PM

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) memandang serius kejadian buli yang dilaporkan berlaku di sebuah institut pendidikan guru di Sarawak dan tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas terhadap pelatih yang didapati bersalah dalam kejadian itu,

IPGM dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia termasuk tindakan membuang individu terbabit dari institusi berkenaan bagi menunjukkan mereka tidak berkompromi dengan salah laku buli.

"Pelatih guru perlu berdisiplin serta menunjukkan akhlak dan sahsiah yang baik sebagai bakal pendidik," menurut kenyataan itu.

Terdahulu, tular di media sosial kejadian buli didakwa berlaku pada awal pagi Jumaat lepas membabitkan sekumpulan penuntut senior terhadap junior lelaki sesi 2025/2030.

Penuntut senior terbabit didakwa mengumpulkan semua junior lelaki sebelum melakukan pelbagai bentuk penghinaan, selain menggunakan kata-kata kesat dan melakukan tindakan tidak bermoral terhadap mereka.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS