Istiadat pemakaman Suharto bermula
Istiadat pemakaman bekas presiden Indonesia Suharto dari Jakarta menuju Istana Giribangun di Solo, Jawa Tengah, bermula di kediamannya di Cendana pada 7 pagi ini.
Jenazahnya dibawa ke lapangan terbang Halim Perdana Kusumah untuk diterbangkan dengan pesawat tentera menuju ke Solo.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mewakili Malaysia pada istiadat pemakaman di Solo itu dengan diiringi Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam serta Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Abdul Aziz Zainal.
Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Zainal Abidin Mohamad Zin memberitahu Bernama pagi ini, Najib bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongan, dijadual tiba di Solo dengan sebuah pesawat khas manakala Tun Dr Mahathir dengan sebuah lagi pesawat khas.
Mereka dijadual berangkat pulang selepas upacara pemakaman selesai hari ini.