Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor maut jatuh bangunan
Diterbitkan: May 20, 2026 12:14 PM | Dikemas kini: May 20, 2026 1:14 PM
Seorang pegawai kanan dari Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor maut selepas dipercayai jatuh daripada sebuah bangunan di Seksyen 14, Shah Alam awal pagi ini.
"Pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 3.07 pagi tadi.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil bedah siasat," kata Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, polis Selangor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan meminta orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
Dia bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang maklumat lanjut.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/05/7c03b39413177214618601b8ec95318b.jpg)
