Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rundingan AS-Iran bagi tamatkan perang mungkin diumum hari ini

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio pada Isnin berkata perkembangan berhubung rundingan antara Iran dan AS bagi menamatkan perang mungkin diumumkan “hari ini”, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Usaha masih berjalan. Kami menjangkakan mungkin ada perkembangan malam tadi, mungkin hari ini…,” kata Rubio kepada pemberita di ibu negara India, New Delhi ketika beliau dalam perjalanan ke bandar Agra untuk melawat mercu tanda Taj Mahal.

Diplomat AS itu berkata terdapat “cadangan yang agak kukuh di atas meja” berhubung keupayaan mereka untuk membuka laluan selat, memastikan selat itu dibuka dan memulakan rundingan yang sangat nyata, penting serta terhad tempoh mengenai isu nuklear.

“Mudah-mudahan kita dapat merealisasikannya,” katanya.

Rubio, yang dalam lawatan empat hari ke India, berkata Presiden AS Donald Trump tidak akan memeterai perjanjian yang merugikan dan AS akan memberi setiap peluang kepada diplomasi untuk berjaya.

- Bernama-Anadolu


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS