Paling Popular
Terkini

KOMENTAR | Pada 24 Mei lalu Arsenal akhirnya menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas terpaksa menanti sehingga 22 tahun. Selepas itu kita pun melihat para penyokong Arsenal berjalan dengan dada yang mengembang ke sana ke mari.

Aktiviti mempersenda kelab-kelab lain pun berlangsung Ya, inilah masanya geng The Gunners hendak membalas dendam selepas sekian lama memendam rasa.

Dunai bola sepak ini kadang-kadang memang melucukan.

Dalam tempoh satu minggu kegembiraan boleh bertukar menjadi tangisan syahdu dan selera makan pun mungkin mati. Hidangan lazat terhidang di atas meja mungkin tidak mampu lagi disentuh kerana patah selera.

Itu sebenarnya dapat difahami. Selepas sah memiliki trofi EPL sudah tentu Arsenal mengidamkan status penakluk liga Eropah. Ia adalah peluang yang sangat menggiurkan.

Namun seperti yang kita semua ketahui impian itu tinggal menjadi angan-angan. Semuanya kerana Paris Saint-Germain (PSG).

Untuk makluman semua, sebelum ini Liga Juara-Juara Eropah dikenali sebagai Piala Eropah dan ia diluncurkan pada musim 1955-1956. Juara pertama ialah Real Madrid yang mengalahkan kelab Perancis, Stade de Reims dengan jaringan 4-3.

Perlawanan bersejarah itu di adakah di Parc des Princes Paris pada 23 Jun 1956.

Kejohanan sulung itu disertai oleh 16 pasukan terbaik Eropah dan dianjurkan oleh majalah sukan Perancis , L’ Equipe.

Tiada dalam senarai

Antara kelab yang terlibat ialah Sporting Lisbon dari Portugal, Anderlecht (Belgium) dan AC Milan (Itali). Juara England ketika itu, Chelsea, dijemput untuk menyertainya namun kelab tersebut tidak terlibat gara-gara tekanan yang diterima daripada Liga Inggeris.

Pada musim 1992-1993 penjenamaan semula dilakukan pada kejohanan tersebut. Maka ia mula dikenali sebagai Liga Juara-Juara Eropah dan ia kekal sehigga kini.

Format juga diubah daripada kalah mati kepada pertandingan liga dengan melibatkan peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir.

Sehingga kini sudah 24 kali kejohanan itu berlangsung dengan Real Madrid mencatat jumlah kejuaraan tertinggi iaitu 15 kali, diikuti AC Milan (tujuh kali), Bayern Munich dan Liverpool (enam kali), Barcelona (lima kali), dan Ajax (empat kali).

Inter Milan dan Manchester United pula sudah merasa menjulang trofi sebanyak tiga kali.

Kelab yang pernah unggul sebanyak dua kali ialah Benfica, Chelsea, Nottingham Forest, Juventus, Porto, dan PSG.

Kelab lain yang pernah sekali merasa manisnya kejuaraan Eropah ialah Borussia Dortmund, Hamburg, Manchester City, Aston Villa, Marseille, Steaua Bucuresti, Red Star Belgrade, Feyenoord, dan PSV Eindhoven.

Maka berdasarkan fakta tersebut, jelaskan nama Arsenal tiada dalam senarai. Mereka hanya pernah hampir menjadi juara – itupun sebanyak dua kali iaitu pada 2006 dan 2026.

Harap-harap itu bukanlah bermakna rezeki The Gunners hanya muncul sekali setiap 20 tahun.

Bagaimana kelab terhebat England pada musim 2025-2026 boleh tewas?

Memang menyedihkan apabila The Gunners gagal membawa piala elit itu ke England ketika dua kelab lain – yang berada di bawahnya – berjaya melakukan hal itu mengikut kategori masing-masing.

Aston Villa menjuarai Piala Eropah manakala Crystal Palace mengungguli kejuaraan Liga Koferensi UEFA.

Apa pun, janganlah bersedih, Arsenal. Anda masih boleh meraikan kehebatan di hadapan penyokong bersama trofi EPL di Utara London.

Anda juga masih boleh berbangga – sedikit sajalah tapi – kerana tidak pernah kalah sepanjang kempen Liga Juara-Juara Eropah kali ini, kecuali di perlawanan akhir.


SHAHRAY ZULKIFLI ialah bekas peguam syarie yang pernah bertugas di Brunei Darussalam selama 24 tahun.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS