Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keputusan Upko sertai GRS diketahui 18 Jun
Diterbitkan:  Jun 7, 2026 3:54 PM
Dikemaskini: 7:54 AM

Keputusan permohonan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) untuk menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai parti komponen akan diketahui pada 18 Jun.

Setiausaha Agung GRS Datuk Armizan Mohd Ali berkata beliau kini mengadakan sesi libat urus dengan kepimpinan Upko bagi mendapatkan maklumat berkaitan sebagai persediaan menyediakan kertas pertimbangan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi GRS.

“Mesyuarat GRS dijadualkan berlangsung pada 18 Jun dan keputusan rasmi dijangka dibuat dalam mesyuarat itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Inisiatif Ihsan Food Bank (i-FB) di Kota Kinabalu hari ini.

Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata hasrat Upko dilihat sebagai perkembangan positif dalam menyatukan parti tempatan di bawah satu gabungan.

Beliau menjelaskan syarat utama penyertaan Upko ialah perlu berpegang teguh kepada empat teras perjuangan GRS iaitu Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper dan Sabah United.

Pada 29 Mei, Upko mengemukakan permohonan itu secara rasmi yang diserahkan oleh Presidennya Datuk Ewon Benedick kepada Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Ketua Menteri Sabah.

GRS kini dianggotai lima parti komponen, iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah, Parti Bersatu Sabah, Parti Liberal Demokratik, Parti Harapan Rakyat Sabah dan Parti Cinta Sabah.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS