Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tayar pesawat pecah: Operasi penerbangan KLIA kembali normal
Diterbitkan:  Jun 13, 2026 10:21 PM
Dikemaskini: 2:21 PM

Landasan terjejas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibuka semula pada 7.40 malam tadi selepas mendapat kelulusan keselamatan akhir daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

KLIA dalam hantaran Facebook memaklumkan operasi penerbangan di landasan terbabit telah kembali pulih dan kini beroperasi seperti biasa.

Terdahulu, KLIA dalam hantaran menerusi media sosial sama memaklumkan satu daripada tiga landasan di lapangan terbang itu ditutup sementara hari ini susulan insiden tayar pesawat pecah.

Penutupan sementara itu pada awalnya dijadual berlanjutan hingga 9 malam ini seperti yang dinyatakan dalam Notis kepada Juruterbang (NOTAM).

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS