Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Erwin dilantik ketua pengarah Japen, Fahmi ucap tahniah
Diterbitkan:  Jun 23, 2026 6:15 PM
Dikemaskini: 10:42 AM

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hari ini mengucapkan tahniah kepada Erwin Khairul Ahmad atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan yang baharu.

Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Wan Saidatul Shafina Mohd Amin yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) Jabatan Penerangan.

“Semoga terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, kebijaksanaan dan semangat yang tinggi, sekali gus memperkukuh peranan Jabatan Penerangan sebagai medium penyampaian maklumat berkesan kepada rakyat,” katanya.

Fahmi turut merakamkan penghargaan kepada bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Julina Johan di atas jasa, bakti dan sumbangannya sepanjang menerajui jabatan berkenaan.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan watikah penempatan baharu kepada Erwin Khairul dan Wan Saidatul Shafina yang disampaikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS