Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PRN Johor: Amirudin, Saifuddin iringi Maszlee di Puteri Wangsa
Diterbitkan:  Jun 27, 2026 8:38 AM
Dikemaskini: 1:01 AM

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tiba di pusat penamaan calon Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Dato' Onn di sini pada 8.14 pagi.

Amirudin dan Saifuddin Nasution yang merupakan Pengarah Pilihan Raya Bersama PKR mengiringi calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa Dr Maszlee Malik.

Kira-kira 100 penyokong turut hadir mengiringi Maszlee.

DUN berkenaan mempunyai jumlah pengundi keseluruhan 128,723 yang merangkumi 128,525 pengundi biasa dan 198 pengundi awal membabitkan anggota polis dan pasangan.

Bagi mendapatkan berita terkini tentang PRN Johor ke-16, sila layari https://prn.bernama.com/johor/.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS