Tak rasmi: BN menang besar di Johor
Diterbitkan: Jul 11, 2026 8:20 PM | Dikemas kini: Jul 11, 2026 11:21 PM
BN menang besar dalam pilihan raya negeri hari ini dengan menambah penguasaan dari 40 kepada 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pakatan Harapan (PH), pesaing utama mereka, menang di lapan kerusi berbanding 13 dalam pilihan raya negeri lalu.
Tiada parti lain memenangi kerusi, menyebabkan PH menjadi pembangkang tunggal di Johor.
Perikatan Nasional (PN) meliputi Bersatu, PAS, MIPP dan Pejuang, Parti Bersama Malaysia, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Orang Asli Malaysia gagal mendapat sebarang kerusi.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/07/93c11ec4ef13e33c28c6d4df17a01df2.jpg)
