Amanah mengekalkan kerusi DUN Simpang Jeram selepas calonnya Nazri Abd Rahman menang dalam pertarungan empat penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Kemenangan di Simpang Jeram menjadikan satu-satunya kerusi dimenangi oleh Amanah pada PRN kali ini.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Nazri menang dengan majoriti tipis 180 undi mengalahkan pencabarnya Azman Ismail mewakili BN, Ainie Haziqah Shafii daripada Muda, dan Arshed Yahya mewakili (PN-PAS).
Bagaimanapun, keputusan ini jauh berbeza dengan pencapaian penggal lalu pada tahun 2022 yang ditandingi oleh allahyarham Salahuddin Ayub.
Ketika itu, Amanah menang bergaya dengan majoriti selesa sebanyak 2,399 undi.
Ini menunjukkan kemerosotan besar kira-kira 90 peratus.
Nazri menerima 11,830 undi berbanding Azman 11,650, Arshed 3,789 dan Ainie 1,573 undi.
Pada PRN ini Amanah bertanding di 19 kerusi.
