Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Potus betul, penjaga Selat Hormuz wajar diberi bayaran - Iran
Diterbitkan:  Jul 14, 2026 11:48 AM
Dikemaskini: 3:49 AM

Menteri Luar Iran Abbas Araghchi pada Isnin berkata Tehran akan kekal sebagai “penjaga” Selat Hormuz selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengancam untuk mengenakan bayaran terhadap kapal yang melalui laluan perairan strategik itu, lapor Anadolu Ajansi.

“Potus (Presiden AS) sememangnya betul. Sesiapa yang memastikan laluan kapal komersial melalui Selat Hormuz selamat dan terjamin wajar diberi bayaran bagi perkhidmatan itu.

“Iran sentiasa menjadi penjaga Selat itu dan akan kekal sedemikian selamanya,” kata Araghchi menerusi platform media sosial AS, X.

Trump pada awal Isnin berkata AS akan mengenakan sekatan terhadap Iran di Selat Hormuz dan mengenakan bayaran tol sebanyak 20 peratus kepada kapal bagi mendapatkan laluan selamat.

“Sudah tentu 20 peratus terlalu tinggi. Kami akan berlaku adil,” kata Araghchi.

Ketegangan antara AS dan Iran berhubung Selat Hormuz semakin memuncak, dengan kedua-dua pihak saling melancarkan serangan meskipun terdapat memorandum persefahaman bagi menamatkan konflik dan mencapai perjanjian damai berkekalan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS