Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
BN tanding 25 kerusi, beri isyarat kerjasama dengan PN di N Sembilan
Diterbitkan:  Jul 15, 2026 11:08 PM
Dikemaskini: 3:57 PM
1

BN malam ini mengumumkan senarai 25 calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang dijadualkan pada 1 Ogos depan.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon BN PRN Negeri Sembilan di Paroi, Seremban.

Menurut Mohamad, BN tidak akan bertanding di kesemua 36 kerusi DUN kerana gabungan itu ada “kerjasama dengan rakan yang boleh dipercayai”.

“Tapi jangan risau, kita tak ada persefahaman dengan Linggi.

“Kita buat persefahaman dengan rakan yang boleh dipercayai, insya-Allah,”katanya.

Dia dipercayai merujuk kepada Pengerusi PH Negeri Sembilan, Aminuddin Harun yang berpindah kerusi dari DUN Sikamat ke DUN Linggi.

Pengumuman itu sekali gus menguatkan desas desus bahawa BN mungkin akan mengadakan kerjasama politik dengan PN di Negeri Sembilan.

Daripada 36 kerusi DUN, Umno akan mempertahankan kesemua 14 kerusi yang dimilikinya.

MCA pula akan bertanding di tujuh kerusi, manakala MIC bertanding dua kerusi.

Berikut senarai 25 calon tersebut:

JELEBU

N01 Chennah - Siow Kong Chun

N02 Pertang - Jalaluddin Alias

N03 Sungai Lui - Mohd Razi Mohd Ali

JEMPOL

N06 Palong - Mustapha Nagoor

N07 Jeram Padang - Mohd Zaidy Abdul Kadir

N08 Bahau - Chong Fui Ming

SEREMBAN

N09 Lenggeng - Asna Amin

N10 Nilai - Lai Chien Kong

N12 Temiang - Leaw Kok Chan

KUALA PILAH

N15 Juasseh - Ismail Lasim

N16 Sri Menanti - Sufian Maradzi

N17 Senaling - Qayyum Abd Jalil

N19 Johol - Saiful Yazan Sulaiman

N20 Labu - Siti Nur Umaira Hasim

N22 Rahang - Yap Siok Moy

N24 Seremban Jaya - Thinalan Rajagopalu

REMBAU

N27 Rantau - Mohamad Hasan

N26 Chembong - Zaifulbahri Idris

N28 Kota - Suhaimi Aini

PORT DICKSON

N29 Chuah - Pau Jeou Ching

N32 Linggi - Mohd Faizal Ramli

N33 Sri Tanjung - Achutan Alagan

TAMPIN

N35 Gemencheh - Suhaimizan Bizar

N36 Repah - Koh Kim Swee

[Berita penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
1
ADS