Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dijangka tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya negeri (PRN) Negeri Sembilan yang akan berlangsung 1 Ogos depan.

Namun, parti yang diasaskan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu dikatakan akan memberi sokongan kepada calon daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang mewakili Blok Progresif.

Sumber berkata, susulan keputusan itu Muda akan memberi fokus untuk menghadapi PRU ke-16 akan datang.

“Muda kekal komited untuk mempertahankan kerusi Parlimen Muar dan menghantar lagi ramai pimpinan untuk menjadi wakil rakyat,” katanya kepada Malaysiakini yang enggan disiarkan namanya.

Jentera Muda dalam PRN Johor, gambar hiosan

Dalam PRN Johor baru-baru ini, Muda bertanding di empat kerusi termasuk dalam usaha mempertahankan kerusi Puteri Wangsa.

Bagaimanapun usaha itu gagal, malah kesemua calonnya hilang deposit pertaruhan.

Dalam PRN 2023, Muda menghantar wakil tunggal di Negeri Sembilan yang bertanding di DUN Temiang, yang juga menyaksikan kehilangan deposit.

Kerusi itu dimenangi wakil PH Ng Chin Tsai dengan majoriti 3,068 undi.

Ng Chin Tsai

Sementara itu dalam perkembangan terkini, Presiden Muda Amira Aisya Abd Aziz mengesahkan partinya tidak menyertai PRN Negeri Sembilan.

Bagaimanapun katanya, Muda akan terus komited untuk membawa idea-idea politik baru dan progresif ke dalam lanskap politik Malaysia.

"Semangat perjuangan kami tidak akan dilunturkan, tidak kira apa rintangan yang perlu dihadapi," katanya dalam kenyataan media.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS